My Blog List

Monday, September 26, 2011

SaMe ToPik ~~ LuKiSaN


LUKISAN



Pengenalan

1. Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal dalam bentuk imej untuk menghasilkan karya-karya yang lebih kompleks, seni halus, animasi, seni bina dan sebagainya.


2. Bentuk-bentuk ini dihasilkan menggunakan media kering seperti pensel, pen, arang, pastel dan sebagainya. Penggunaan warna amat terhad.

3. Antara pelukis-pelukis terkenal ialah Albrecht Durer dan Leonardo da Vinci yang menggabungkan matematik dan lukisan dalam kajian figura mereka.

Perbezaan Lakaran Lukisan dan Catan

1. Lakaran – merupakan proses awal lorekan ringkas dan cepat sebagai punca idea serta perkembangannya.

2. Lukisan – merupakan proses lanjutan melibatkan kerja yang lebih sistematik menggunakan jalinan, ton, cahaya, ruang dan komposisi.

3. Catan – merupakan hasil karya 2D dengan penggunaan pelbagai teknik dan bahan pewama seperti cat yang memerlukan bahantara air dan minyak.

4. Alatan dan bahan lukisan – pensel, pensel warna, arang, krayon, pastel, pen dan dakwat.

Teknik Melukis

1. Teknik garisan,
2. Teknik garisan pangkah,
3. Teknik titik,
4. Teknik lorekan dan
5. Teknik campuran.

Media Lukisan

1. Pensel

1. Dibuat daripada arang dan tanah liat.
2. Jenis keras (H) digunakan untuk melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuat lorekan atau ton.
3. Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan pensel semasa melukis dan tekanan pada pensel.



pensel mempunyai pelbagai saiz

saiz yang berbeza memberi kesan ton yang berbeza

Contoh-contoh lukisan pensel


Contoh lukisan pensel



2. Arang
1. Asalnya merupakan arang batang kayu yang terbakar.
2. Media yang tertua sekali.
3. Kelebihan arang ialah menghasilkan kesan gelap yan maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam, lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yang singkat.
4. Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam.
arang yang digunakan untuk melukis


arang juga dibuat seakan-akan pensel bagi memudahkan pengendalian
Beberapa jenis arang yang terdapat di pasaran

Kesan lorekkan daripada arang

Hasil karya daripada media arang

Hasil karya lukisan media arang


3. Media Pen dan ink
1. Pelbagai pen yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan seperti, pen kaligrafi, pen teknikal, pen marker dan sebagainya
2. Pen-pen tersebut memberi kesan lorekan yang berbeza
3. Pen teknikal memberi kesan yang lebih halus dan terperinci

Pen teknikal beri kesan halus pada lukisan

Pen teknikal mempunyai pelbaga saiz

Pen kaligrafi juga mempunyai pelbagai saiz
lukisan media pen


Lukisan pen menggunakan teknik titik

4. Media Pastel
1. Terdapat dua jenis pastel iaitu, oil pastel dan soft pastel, kedua-duanya memberi kesan lorekkan yang berbeza.
2. Lukisan menggunakan pastel handaklah dimatikan menggunakan fixer atau pemati warna bagi menghalang dari warna tersebut tertanggal



Kesan lorekan oil pastel dan soft pastel

Oil pastel memberi kesan seperti lilin tetapi lebih lembut dari krayon

Soft pastel - seperti kapur, dan digunakan untuk menghasikan lukisan potret

lukisan media pastel

Lukisan media pastel


Asas Sebelum Melukis

1. Memilih teknik melukis.
2. Memahami perspektif dan pengaruh ruang serta cara penimbulan tiga dimensi ilusi. Gunakan tetingkap fokus untuk lukisan pemandangan.
3. Memilih objek untuk dilukis.
4. Menentukan cahaya dan sudut pandangan.
5. Membuat Lakaran objek.
6. Jenis jenis perspektif ialah perspektif satu titik lenyap, perspektif dua titik lenyap dan perspektif tiga titik lenyap.
7. Tetingkap Fokus
Merupakan sekeping kad bod yang ditebuk di bahagian tengah.
Tujuannya untuk memfokus sesuatu objek atau benda.
Memilih sudut yang menarik dan indah.
Digunakan untuk melukis di luar studio.


Pengetahuan Asas

1. Kemahiran menggunakan bahan penting. Cuba kenali watak dan sifat bahan sebelum melukis:
Pensel H adalah jenis keras dan B adalah jenis lembut. Arang untuk memberi kesan ton gelap dan legap.

2. Mengetahui asas-asas seni reka untuk mewujudkan komposisi yang baik.

3. Memahami kesan dan pengaruh cahaya serta bayang terhadap sesuatu bentuk

DrAwiNg ~~ LuKiSaN

Istilah daripada kamus The Oxford : The art of representing by line, delineation without color or with a single color; terjemahannya berbunyi ‘lukisan ialah garisan yang membentuk imej dengan tidak menggunakan warna atau menggunakan warna yang terhad.

 Lukisan adalah kerja – kerja di peringkat awal dalam menghasilkan catan, cetakan, arca dan pelbagai lagi kerja – kerja seni. Namun begitu, pengertian lukisan itu seringkali disalahertikan oleh kebanyakan orang yang menganggap bahawa lukisan dan catan adalah sama. Melukis dikatakan dapat memberi kesan terhadap diri individu dan keaslian karya kepada pengkarya. Ini adalah kerana, melukis kebiasaannya dilakukan secara spontan yang melibatkan gerak hati dan dizahirkan melalui gerak tangan. 

Melukis dengan kerap adalah merupakan latihan kemahiran melukis dimana pelukis akan dapat menghayati lukisannya. Pelukis agong, Albrecht Durer, dalam lukisannya yang bertajuk ‘Head of an Apostle’ telah memperlihatkan penggunaan teknik garisan silang dalam karya tersebut. Penegasan adalah tertumpu kepada bahagian muka. Penggunaan garisan dapat memberikan kesan pada form dan ton. Sementara itu bagi pelukis Rembrandt dalam lukisannya yang bertajuk ‘The Omval’ memperlihatkan penggunaan pelbagai jenis garisan. Garisan dalam karya tersebut memberi kesan perspektif dan membentuk lanskap yang menarik.






Albrecht Durer -‘Head of an Apostle’ 



Monday, September 19, 2011

**Segalanya Mengenai Apa yg AKu Pelajari Untuk Dikongsi Bersama**

Bermula Dengan Semester Baru ( baru sem 3) aku disini,, Masih lagi dalam Minggu Add Drop subjek mane yg berkenan dihati,,..

ape yg aku Add sem ni,, :
_Studio Lukisan _Studio Catan_Studio Rekabentuk Dalaman_ Puteri Islam (subjek Koko)
_Pengurusan Pembelajaran _ estetika seni visual_Seni Islam Perbandingan_Kreativiti Dalam Seni Visual

       semuanya cukup la 18 jam kredit.. selamat Maju jaya la yerk Siti Suhada..