My Blog List

Wednesday, January 4, 2012

KREATIVITI DALAM PEMBELAJARAN

Apa itu kreativiti? Berbagai-bagai makna dan pengertian telah diberikan terhadap erti kreativiti. Menurut Majaro (1992) kreativiti sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam mengeneralisasikan idea baru.

Oldham dan Cumming (1196) menyatakakan kreativiti ialah original, berkaitan, produk yang bermanfaat atau prosedur menghasilkan idea baru.

Nystrom (1979) menyatakan kreativiti sebagai penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang lebih realiti.

Mumford dan Gustafson (1998) menyebut kreativiti ialah penghasilan produk-produk dan dihargai oleh masyarakat.

Irving Taylor (1959) pula membuat analisis ke atas seratus definisi kreativiti dan mengklasifikasikannya kepada lima peringkat iaitu:-

1. Peringkat ekspresif
2. Peringkat produktif
3. Peringkat inventif
4. Peringkat inovatif
5. Peringkat emergentif

Secara am, semua pakar bersetuju novelti adalah komponen yang wajib dalam kreativiti. Boleh diringkaskan secara umum bahawa kreativiti ialah kombinasi di antara idea baru dan idea lama. Idea baru diperlukan dan idea lama dikaji dan dinilai semula. Ia juga merupakan proses melihat semula, memilih, menukar ganti, gabungan antara maklumat idea baru dan kemahiran.

Dalam organisasi sekolah, kreativiti dilihat sebagai satu kuasa atau force yang penting bagi mencorakkan perkembangan kreativiti dalam pengurusan sekolah (Abdul Rahim Abdul Rashid. 2002). 

Pengurusan organisasi sekolah perlu kreatif bagi menjadikan sekolah organisasi pembelajaran yang dinamis untuk mengembangkan pengetahuan baru, budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat dan pembangunan potensi manusia. 

Cabaran sekolah dan pendidikan dalam era perubahan k-ekonomi revolusi pengetahuan dan informasi maklumat memerlukan sekolah mengadaptasikan pelbagai perubahan yang berlaku (Harman, 1998). 

Wawasan dan misi sekolah perlu bersifat kreatif bagi menjadikan sekolah organisasi pembelajaran yang berkesan dan progresif (Wall, 1999). 

Pengurusan perubahan memerlukan organisasi sekolah memantapkan lagi wawasan organisasi yang mampu membawa dan menjadikan sekolah pusat kecemerlangan ilmu pengetahuan, penyebaran idea baru dan menyuburkan pemikiran kreatif untuk perubahan sosial, teknologi dan membentuk masyarakat berpengetahuan (Fransman, 1999).

Caserani dan Greatwood (1995) menggariskan beberapa langkah dan strategi penting bagi mencetuskan kreativiti dalam organisasi sekolah dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:-

1. Mewujudkan persekitaran untuk perkembangan kreativiti
2. Menggalakkan perkembangan idea dan pendapat
3. Pengaliran dan kebebasan maklumat untuk mendorong kreativiti
4. Membina suasana dan iklim organisasi tempat kerja yang menggalakkan kreativiti
5. Membentuk struktur kreatif penyelesaian masalah
6. Perkembangan pemikiran kepada tindakan


Terdapat pelbagai jenis kreativiti yang boleh dikembangkan dalam organisasi pembelajaran sekolah. Taylor (1975) menyarankan beberapa jenis kreativiti berikut yang menunjukkan perbezaan dari segi proses iaitu:-

1. Kreativiti Ekspresif - ekspresi yang berlaku secara bebas di mana originaliti dan kualiti tidak dipentingkan (contoh, cap jari kanak-kanak)

2. Kreativiti Teknikal – kecekapan bagi menghasilkan sesuatu produk (contoh, membuat biola)

3. Kreativiti Inventif - reka cipta baru yang dihasilkan seperti penemuan telefon bimbit dan penulisan novel

4. Kreativiti Inovatif - kefahahaman dan modifikasi andaian asas dan prinsip-prinsip dengan pendekatan alternatif

5. Kreativiti emergentif - kreativiti yang kompleks dan bentuk yang jarang berlaku yang boleh merintis perubahan keseluruhan prinsip atau andaian paling asas dan di peringkat abstrak.

Dalam organisasi sekolah terdapat beberapa jenis kreativiti yang mendasari perkembangan pendidikan di sekolah, yang meliputi:-

1. Kreativiti kurikulum – ini banyak berlaku dalam isi kandungan pelajaran, tema dan aspek-aspek pembelajaran, reka bentuk dan gubahan bahan pembelajaran, strategi dan pelaksanaan kurikulum.

2. Kreativiti pengajaran – menyentuh kaedah-kaedah, pendekatan, cara, pengurusan dan organisasi pembelajaran, perancangan dan pelaksanaan pengajaran di bilik darjah dan di sekolah

3. Kreativiti profesional – mengenai perkembangan guru dari segi personaliti, cara dan budaya profesional yang dikembangkan, kecekapan dan kepakaran, amalan baru, pemikiran baru, adaptasi terhadap inovasi pendidikan yang berlaku dan dilaksanakan dalam profesion ini.

4. Kreativiti pemikiran - mencorakkan perkembangan minda, pandangan yang progresif, fikiran terbuka, pembacaan dan pengetahuan yang kreatif, pencetusan idea baru yang mendorong kemajuan diri dan kemajuan pendidikan amnya.

5. Kreativiti persekitaran belajar – iaitu kreativiti yang mencorakkan suasana dan keadaan tempat belajar seperti bilik darjah dan sekolah. Iklim sekolah dan bilik darjah yang dinamik dan progresif boleh terbentuk jika ada pendekatan kreatif berlaku dalam organisasi pembelajaran.

6. Kreativiti pengurusan – cara sekolah dikendalikan dan beroperasi, inovasi dalam sistem pengurusan, hubungan, sokongan, kemajuan pembelajaran, penyelesaian masalah dalam hubungan dan perkhidmatan yang ditawarkan.

7. Kreativiti teknologi – bagaimana teknologi digunakan untuk pencetusan inovasi dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah. Inovasi terknologi maklumat dan sumbangannya kepada kreativiti dan inovasi sekolah.

Sekolah perlu membangunkan sistem pendidikannya yang kreatif bagi melahirkan individu dan masyarakat yang kreatif. Pelbagai inovasi yang boleh mendorong kepada perubahan dan kemajuan kreatif perlu diperkenalkan dalam sistem pengurusan pembelajaran sekolah. Unsur-unsur kreatif yang dikembangkan di sekolah boleh menjadikan sekolah lebih berinovasi dan berdaya maju bagi membina kesejahteraan dan menggilap potensi manusia. Wawasan falsafah pendidikan sekolah perlu bersandarkan kepada idea pemikiran progresif yang mementingkan kreativiti dan inovasi untuk dikembangkan dalam sistem pembelajaran sekolah.

Tuesday, January 3, 2012

Teori Semiotik Dalam Karya Seni Visual

Jarang sekali dalam dunia seni visual dinegara kita membincangkan kritikan dan persoalan seni visual atas landasan teori. Teori seni juga kurang menarik dibincangkan mungkin kerana ianya sukar difahami dan kurang orang seni visual meminati. Persoalan teori seni visual menjadi lesu dan tidak diambil pusing oleh sarjana-sarjana dalam bidang seni visual. Berbanding dengan disiplin seni sastera yang sangat ghairah membincangkan aspek-aspek teori dalam penghasilan karya-karya mereka.

sebenarnya sebuah karya seni visual adalah juga merupakan susunan kata ibarat sebuah 'prosa' atau sebuah 'puisi' yang termaktub melalui bahasa visual. Teori semiotik adalah landasan metodologi membuka bahasa dalam sebuah karya seni visual melalui 'pembedahan' dari seni makna tersirat dan tersurat. Kalau kita membaca beberapa buah buku mengenai teori semiotik ini, kita dapati bahawa gagasan pemikiran semiotik itu sendiri melalui proses pengembangan dari tokoh seperti Pierce, Levi strauss, Roland Bartes, Umberto Eco hingga Vihma. Perkembangan teori ini memberi kesan yang besar terhadap pemikiran berlandaskan estetik dan artistik.

Semotik adalah berasal dari kata Yunani iaitu 'Semeion' yang bermaksud tanda. Istilah ini diperkenalkan oleh ahli falsafah Jerman yang bernama Lambert dalam abad ke 18. Dua orang tokoh utama sebagai printis memperkenalkan semiotik ialah Charles Sanders Pierce (1839-1914) dan Ferdinand de Saussure (1857-1913).

Pierce menyatakan maksud 'tanda' adalah sangat luas dan melangkaui tanda-tanda yang bersifat umum. Menurutnya ada tiga hubungan yang berkaitan dengan tanda, iaitu:
1. Ikon - contoh: peta, logo, lambang dsb.
2. Indeks - contoh: seni reka tanda, penunjuk arah dsb.
3. simbol - contoh: bersalaman, angguk kepala tanda setuju dsb.

Persoalanya bagaimana dikaitkan dengan kritikan teori ini dengan karya seni visual?.

Kalau diambil kira kenyataan pierce yang menyatakan maksud tanda dan kaitan dengan ikon, indeks dan simbol maka kita boleh rumuskan bahasa dalam sesuatu karya seni visual samada dalam seni halus (pengkaryaan) atau reka bentuk (perekaan), tiga perkara ini dapat dirangkumkan melalui petunjuk makna tersirat. 

Dalam penghasilkan sebuah karya seni visual pengkarya akan menentukan hal benda sebagai mewakili maksud karya oleh yang demikian maka itu adalah maksud ikon yang mewakili dasar pokok persolan yang dikemukakan oleh pengkarya. Sementara peristiwa atau sesuatu perkara seperti budaya dan pengaruh yang hendak digambarkan itu adalah merupakan indeks. Manakala simbol adalah makna tersirat melalui imej dan gubahan yang dibentuk.

Dalam bidang komunikasi visual sangat berhubung rapat dengan teori semiotik ini. Dalam buku Basic Visual Concepts and Principles oleh Charles Wallschlaeger dan Cynthia Busic-Snyder di awal penerangannya menyatakan kepentingan dalam sesuatu reka bentuk adalah seseorang pereka bentuk memahami teori persepsi dan teori komunikasi. Teori persepsi yang dimaksudkan ialah teori Gestalt dan teori komunikasi ialah teori semiotik atau 'teori tanda'.

Friday, December 9, 2011

KEPENTINGAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN KANAK-KANAK




PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

1.1 KANAK-KANAK DAN SENI VISUAL

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta
berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran
mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai
alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanakkanak.

1.2 KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA KANAK-KANAK

(a) Aspek Kognitif

Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat
melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan
menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak
membuat keputusan.

(b) Aspek Fizikal

Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.

(c) Aspek Kreativiti

Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid
untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek
di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding
dengan hasilan akhir.

(d) Aspek Persepsi

murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan
pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni,
produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.

(e) Aspek Sosial dan Emosi

Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial
selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni
juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti
berkumpulan yang dibentuk.




 KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS

(a) Melukis sebagai Medium Komunikasi

Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum
mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan
yang berkesan untuk berinteraksi.

(b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri

Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan
kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat
meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan
otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi
kanak-kanak.

(c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self
Esteem)

Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak
dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera

INOVASI


Inovasi adalah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk baru, produk dan perkhidmatan yang lebih baik. ini bermakna, setiap organisasi sama ada berasaskan keuntungan atau tidak akan bersaing untuk menghasilkan idea kreatif bagi manfaat organisasi bersama. Inovasi juga berfikir (deemed) untuk menghasilkan sesuatu yang baru di pasaran yang akan merubah persamaan antara permintaan dan pengeluaran (supply-demand equation).
Daripada pengertian di atas dapatlah disimpulkan secara mudah bahawa inovasi sebagai:
  • v Penghasilan baru
  • v Berdasarkan proses penyusunan semula
  • v Menggunakan unsur yang sedia ada
  • v Penghasilan sesuatu yang unik, mudah dan bernilai


Perlaksanaan inovasi dilakukan oleh mereka yang berfikiran kreatif dan kritis untuk menjadi peneraju (pioneer) dan meraih peluang yang maksimum. Secara am, inovasi terdapat dalam dua peringkat iaitu:

1. Peringkat Individu
Di peringkat ini, inovasi dilaksanakan oleh individu yang berfikiran kreatif. Terdapat pelbagai cara untuk menjadi individu yang berfikiran kreatif dan kritis seperti dengan menimba ilmu, meneliti persekitaran dan seterusnya menbina idea baru. Cetusan idea2 baru bukan sahaja dapat menghasilkan teknologi baru, membaiki kualiti sesuatu benda atau menyelesaikan masalah malahan dapat mengubah ketamadunan manusia.

Sebagai contoh penggunaan mesin taip yang digunakan sekitar tahun 1870-an sehingga 1980-an yang dihasilkan oleh Peter Mitterhofer. Kemudian revolusi mesin taip ditukar kepada penghasilan komputer elektronik oleh Charles Babbage yang dilihat untuk membaiki kualiti sesuatu kerja serta dihasilkan seiring dengan arus kemodenan dan persekitaran semasa. Oleh itu setiap anggota sesebuah organisasi perlu sedar akan kepentingan ilmu dan mencetuskan pemikiran kreatif dan inovasi dalam usaha untuk membangun.

2. Peringkat Organisasi
Di peringkat organisasi pula, inovasi merupakan salah satu ciri penting dalam sesebuah organisasi yang dinamik dan terbuka. Setiap organisasi sentiasa berinteraksi secara aktif dan prospektif dengan persekitaran. Prospektif ialah sifat mencari peluang baru untuk menguasai keadaan atau untuk meraih keuntungan yang maksimum atau memberi perkhidmatan yang terbaik untuk pekerja2nya serta organisasi itu sendiri.


Organisasi inovatif adalah organisasi yang berwawasan dan bijak merencana strategik. Ini boleh direalisasikan dengan cara:
  • v Meneliti ciri2 kekuatannya dan menggunakannya untuk mempertahankan kedudukannya dalam sesuatu ekosistem.

  • v Meneliti kelemahan2 dan merangka strategi mengatasi setiap kelemahan dengan cekap dan pantas.

  • v Meneliti ekosistem dan mengenal pasti peluang2 yang ada untuk memperolehi secara sistematik.

  • v Mengatur strategi, dasar dan prosedur untuk menentang ancaman dan bahaya dari luar dan dalam organisasi.

Takrif Kreativiti dan Inovasi

Kreativiti ditakrifkan sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam merealisasikan idea baru juga sebagai penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang lebih realiti.

Dalam konteks ini kreativiti boleh ditaksirkan sebagai kombinasi di antara idea baru dan idea lama. Idea baru diperlukan dan idea lama dikaji dan dinilai semula. Ia juga merupakan proses melihat semula, memilih, menukar ganti, gabungan dua maklumat idea baru dan kemahiran. Antara contoh kombinasi idea baru dan idea lama boleh dilihat kepada fungsi penggunaan telefon dahulu dan kini.

Jika dahulu telefon hanya digunakan sebagai alat sebuah komunikasi, namun kini telefon bukan sahaja alat untuk berkomunikasi tetapi juga sebagai peranti hiburan, internet, kamera dan sebagainya.


KREATIVITI ADALAH SUATU PROSES PENYELESAIAN MASALAH DAN PROSES MEMBUAT SESUATU KEPUTUSAN

Menurut Graham Walls (1926), beliau menyatakan Terdapat empat fasa (langkah) utama di dalam proses kreativiti iaitu:


v Pengumpulan Maklumat (Knowledge Accumulation) atau pun PERSEDIAAN (PREPARATION) bertujuan untuk menjana idea. Jadi maklumat mestilah releven dengan tujuan.


v Inkubasi (Incubation)/ Pengeraman bertujuan untuk explorasi -experiment (bergantung kepada reference/rujukan


v Idea / ILUMINATION - mendapat ilham taupun idea (pengilhaman)


v Penilaian dan Perlaksanaan /VIRIFICATION  -pengesahan /penentuan.mendapat keputusan  samaada related x dengan permasalahan td. 

Faktor utama dalam perkembangan kreativiti dan inovasi

Sesebuah organisasi yang menuju kearah kreativiti dan inovatif ini perlu mengambil kira beberapa faktor utama dalam perkembangan kreativiti dan inovasi. Antara faktor2 utama menuju ke arah organisasi kreativiti dan inovasi adalah:

  • v Pengurusan
  • v Kepimpinan
  • v Budaya
  • v Teknologi
  • v Komunikasi Terbuka
  • v Penyelesaian Masalah
  • v Strategi

Pengurusan
Pengurusan yang kreatif dan inovatif perlu dirangka berlandaskan perancangan yang strategik. Perancangan yang dibuat adalah bersifat progresif serta berpaksikan kepada strategi kreatif dan inovatif untuk memperjuangkan visi, misi dan matlamat sesebuah organisasi. Pengurusan organisasi melibatkan:

  • v Perancangan perubahan
  • v Pengurusan Pengatahuan
  • v Pengurusan organisasi yang berkesan.

RUBRIK SENI VISUAL : ANALITIKAL & HOLISTIK

Rubrik analitikal : 
 merujuk kepada panduan pemarkahan yang selalunya digunakan untuk pengujian formatif. guru dapat melihat bidang (kriteria) yang dapat dikuasai oleh pelajar dengan baik dan bidang (kriteria) yang memerlukan pembaikan.

Rubrik holistik :
selalunya digunakan di dalam pengujian sumatif untuk melihat kepada pencapaian pelajar secara menyeluruh. Pengujian Tradisional dan Pengujian Alternatif 
-Pengujian tradisional merujuk kepada sebarang bentuk pengujian bertulis yang melibatkan penggunaan pen dan kertas.
-kebanyakan pengujian yang dijalankan adalah berbentuk alternatif. Contoh-contoh pengujian alternatif di dalam bidang seni visual ialah portfolio, buku kerja kajian (research workbook) dan juga pengujian berasaskan prestasi (performance based assessment) seperti kerja kumpulan, demonstrasi dan pembentangan pelajar.

Wednesday, November 30, 2011

Deadlines

Kreativiti





Berdasarkan kepada definisi-definisi tersebut kita boleh menjelaskan kreativiti sebagai:

v Kebolehan atau kemampuan individu untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan mencapai sesuatu objektif.

v Kebolehan atau kemampuan individu untuk menggunakan daya imaginasi, idea kreatif dan pemikiran kreatif.

v Kebolehan atau kemampuan individu untuk menghasilkan idea yang tulen, asli atau baru.

v  Hasil kreativiti mempunyai nilai, kegunaan atau memenuhi sesuatu keperluan.





    DEFINISI KREATIVITI

    Kreativiti merupakan anugerah tuhan kepada semua tetapi kita abaikannya. Kreativiti adalah penting dalam apa sahaja yang kita lakukan seperti hiasan, persolekan, jamuan perniagaan dan lain-lain. 

    Kita boleh belajar berfikiran kreatif melalui pemerhatian dan boleh menerangkannya. Kita berfikir luar dari kotak pemikiran yang biasa. Adakah cara kita bertanya untuk boleh menjadikan seseorang itu berfikiran kreatif? Cara kita bertanya boleh menukarkan cara kita berfikir (mindset). Ia mengajar kita bagaimana sesuatu input (sama ada rangsangan deria atau maklumat) dapat diterangkan dan terbentuk dalam imageri dan minda seseorang untuk menerima maklumat.Beberapa orang bijak pandai dalam bidang ini telah berjaya menukar gaya berfikir pendidik tentang kreativiti.

     Salah seorang daripadanya ialah John Dewitt. Beliau telah berjaya menyedarkan para pendidik bahawa kita semua mempunyai daya pemikiran yang kreatif. Walau bagaimana pun perlu diingat bahawa aspek kreativiti sahaja tidak mencukupi. Sumber kreativiti berada di hadapan kita. Kita hanya perlu tekun memerhati untuk mengenalinya. Kadang-kala sumber kreativiti berada di belakang kita. Apa yang perlu kita buat ialah hanya menoleh ke belakang sahaja.

    Kreativiti mempunyai tahapnya tersendiri dan bergantung kepada rangsangan yang berbeza yang kita terima dalam kehidupan kita (Hopkins, 1937 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001). Darjah kreativiti juga bergantung kepada perkembangan perwatakan individu. Sumber kreativiti ada disekeliling kita. Ada antaranya sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita (Fomm, 1959 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001).

     Mengapa kita gunakan kreativiti orang lain sedangkan kita mempunyainya? Adakah anda sukakan subjek Sains? Sastera? Sejarah? Drama? Cerita Rekaan? Terdapat banyak subjek yang boleh disesuaikan untuk memberi kesan yang istimewa khususnya dalam bidang kita sebagai bakal pendidik  iaitu untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Bagaimana pula dengan pengalaman kehidupan? Pernahkah berlaku sesuatu perkara dalam kehidupan kita yang pelik, menggelikan atau mencuit hati? Cerita-cerita yang menyentuh hati dan perasaan melalui bacaan boleh memberi kesan mendalam ke atas pemikiran kreatif kita. Mungkin kita boleh menggunakan cerita yang melucukan ini dalam pengajaran dan pembelajaran supaya ia menjadi lebih berkesan lagi.

    Sebagai manusia, kita biasanya lebih selesa dengan mengekalkan amalan pemikiran yang rutin. Untuk menjadi kreatif, sifat ini perlu dikikis untuk menghasilkan karya yang baru melalui sumber-sumber di sekeliling kita. (Rogers, 1959 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001). Pengalaman kehidupan ahli keluarga boleh dijadikan sumber rangsangan kreativiti. Ibu bapa, sepupu, rakan-rakan dan lain-lain mempunyai cerita yang menarik bagi mewujudkan pemikiran yang kreatif. 

    Mungkin kita telah mendengarnya berkali-kali tetapi kurang menjadikannya sesuatu yang boleh diadaptasikan sebagai bahan untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan atau dijadikan satu rutin. Dalam teori ‘pemikiran gila-gila’ oleh William Balake, dalam Mohd. Yusof (1995) idea baru atau celik akal berlaku dengan cara imaginasi dan bukan menerusi proses logik atau rasional. Beliau menganggap bahawa berlakunya pertarungan unsur-unsur yang bertentangan dalam minda akan membentuk pertarungan mental. Pertarungan ini akhirnya akan menghasilkan perdamaian dan suasana harmoni yang positif yang menghasilkan kreativiti. Salah satu daripada sumber kreativiti ialah merujuk kepada kepakaran seseorang. Banyak buku yang boleh memberi sumber pemikiran yang kreatif yang tidak boleh dibayangkan banyaknya.

    Oleh yang demikian kreativiti tidak boleh dipaksa. Kita memerlukan ketenangan dalam mencari idea yang kreatif. Sekiranya kita dalam keadaan tertekan disebabkan kita terpaksa membentangkan sesuatu dalam jangka masa yang pendek kita mungkin akan gagal. 

    Dengan beberapa pengecualian, kreativiti boleh terhasil dalam keadaan kita tertekan dan menghasilkan sesuatu yang baik. Dari itu sentiasalah menulis sesuatu idea apabila terfikirkannya walaupun terjaga di tengah malam dari tidur. Jangan kita fikirkan bahawa anda akan ingat sehingga esoknya jika tidak menulisnya. Sekiranya anda tidak mencatatnya anda akan lupa. Fikiran kreatif boleh datang pada bila-bila masa. Dari itu kita perlu sentiasa bersedia. 

    Confucius pernah berkata bahawa dakwat yang tidak terang adalah lebih baik dari fikiran yang tajam. Sebagai manusia biasa kita yang tidak dikurniakan dengan kreativiti dan bakat yang tinggi. Kita perlulah bekerja keras untuk mencapai kreativiti tahap ini untuk mendapat hasilnya (Maslow, 1959 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001). Walau bagaimanapun kita hidup dalam dunia yang perlu diberikan kepuasan segera (instant gratification). Keadaan ini akan menjadi lebih ‘teruk’ lagi jika kita berkehendakkan sesuatu itu dengan percuma dan segera. Pada hakikatnya ini bukanlah cara yang sesuai dan efektif.

    Terdapat berbagai tahap kreativiti. Kreativiti tahap tinggi boleh membentuk sesuatu yang baru dari yang lama. Sebagai contoh pergerakan tangan yang lincah dalam silap mata, prinsip menyembunyikan sesuatu, kaedah mengubaharah dan lain-lain merupakan alat untuk dimanipulasikan melalui kreativiti. Gabungan dari perkara ini merupakan satu idea dan kita akan menjadi lebih kreatif dalam silap mata. 

    Justeru itu, kemahiran ini dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih menarik. Perkara ini bukanlah mudah untuk dilakukan. Kreativiti dalam tahap ini sebenarnya datang dari pemerolehan pengetahuan melalui susunan, urutan asas untuk membentuk sesuatu yang baru. Sesiapa yang membentuk kemahiran ini mempunyai taakulan yang kreatif. Kreativiti merupakan kombinasi jumlah pengalaman sebagai pensyarah bukan sahaja mengajar tetapi juga melalui pendengaran, pemerolehan pengetahuan .

    Kreativiti dalam diri individu itu sentiasa berkembang sekiranya individu itu mahukannya berlaku dan menjadikannya sebagai satu gaya hidup (Rogers, 1959 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001). Dalam bidang pendidikan ‘pengetahuan sintesis’ merupakan pengetahuan yang diperoleh secara separa sedar yang diaplikasikan dalam setiap situasi yang dianggap berguna bagi orang lain. (Plesk, 1997) Kreativiti yang sebenar dalam keadaan apa pun adalah berdasarkan sintesis pengetahuan yang diaplikasikan dalam situasi baru atau pemasalahan. Ini merupakan langkah akhir dalam perkembangan individu dan berkembang melalui penggunaannya dan akan hancur sekiranya dibiarkan begitu sahaja.